Make your own free website on Tripod.com


Jumaat, 19 Mei 2000

Nanas ganjil tarik perhatian

Oleh Ayu Susilawati Mohd Yusof

Buah nanas ini berbentuk agak lebar dan besar daripada biasa serta mempunyai kira-kira 30 tampuk.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Sukar dipercayai tetapi benar. Jika sebelum ini kita pernah mendengar sepohon nanas mengeluarkan buah kembar tetapi kali ini terdapat sepohon nanas yang mengeluarkan buah yang agak lebar dan besar daripada biasa serta mempunyai kira-kira 30 tampuk.

Haji Duraman Tajuddin, 66, dari Kampung Pudak berkata beliau mula menyedari keganjilan buah nanas yang ditanamnya kira-kira sebulan lalu.

Katanya, sepanjang empat tahun selepas beliau menanam pohon nanas di belakang rumahnya di Kampung Perpindahan Lambak Kanan pada 1996, inilah pertama kali ia pernah berlaku.

Beliau berkata sebelum ini pohon nanasnya pernah mengeluarkan buah yang lebih besar daripada kebiasaannya.

Bagaimanapun beliau ketika ditanya nama saintifik jenis nanas itu berkata beliau hanya menggelarnya sebagai nanas paun.


Copyright 1999 Brunei Press Sdn Bhd. All rights reserved.