MINUMAN MENGANDUNGI ALKOHOL

Kementerian Hal ehwal Ugama dengan ini memakluman kepada orang ramai bahawa berdasarkan ujikaji makmal saintifik kementrian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam keatas enam jenis minuman 'laminit' (lemonade) iaitu cherry cider, orange crush, american cream soda, pineapple, lemon dan sarsaparilla, yang di buat oleh RANCHA-RANCHA AERATED WATER CO. beralamat No: 876, Kg, Rancha-Rancha Labuan, Malaysia adalah di dapati bahawa minuman tersebut mengandungi alkohol.

Minuman yang mengandungi alkohol adalah najis dan haram. Oleh yang demikian orang-orang Islam adalah dinasihatkan supaya tidak membeli dan meminum minuman-minuman tersebut.