Make your own free website on Tripod.com

"Majlis Bengkel Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid"
 
Selasa-29.02.2000- Kira-kira 60 orang ahli jawatankuasa takmir masjid, jemaah Kampong Sengkarai, Serembangun hadir ke majlis bengkel ahli jawatankuasa takmir majid.
 
bengkel ini telah di sampaikan oleh Yang Mulia Haji Wahab Bin Apong-Ketua Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Agama.Tajuk Bengkel yang telah disampaikan di majlis tersebut ialah "PERANAN JAWATANKUASA TAKMIR DALAM SAMA-SAMA MENGIMARAHKAN MAJID".

 

Haji Wahab Menyentuh dalam membentuk jawatankuasa yang baik, dapat menimarahkan masjid dalam apa saja kegiatan keugamaan.Jawatankuasa takmir masjid hendaklah membantu pegawai-pegawai masjid dalam apa saja rancangan yang telah di atur oleh Jabatan.
 
Bengkel tersebut juga di hadiri oleh Penghulu mukim Pekan Tutong- Haji Azahari Bin Iradat.
 
Bengkel ini adalah sebagai salah satu kegiatan takmir Balai Ibadat Kampong Sengkarai Tutong.