Isnin, 20 Mac 2000

Majlis korban tetap diteruskan

Oleh Hj Mas Yassin

Mereka yang hadir ke majlis korban bersedia menerima daging korban tahun ini.

TUTONG, Ahad - Kira-kira 150 orang jemaah Kampung Sengkarai, Serembangun semalam hadir ke majlis korban di balai ibadat kampung berkenaan.

Ia adalah sebahagian kegiatan balai ibadat dan kali ini, dua ekor kerbau dan 15 ekor kambing dikorbankan.

Yang hadir sebagai tetamu kehormat Pehin Dato Awang Haji Sedik Yahya yang kemudiannya menyerahkan daging korban kepada yang hadir.

Majlis di sudahi dengan bacaan doa selamat oleh Awang Ermadini Jailani.


Copyright © 1999 Brunei Press Sdn Bhd. All rights reserved.