Make your own free website on Tripod.com

 

Isnin, 10 April 2000

Ceramah Tahun Baru Hijrah di Tutong


Haji Anwari Haji Rawee menyampaikan ceramah kepada hadirin.

TUTONG, Ahad - Kira-kira 70 orang jemaah Kampung Sengkarai, Serembangun hadir ke majlis ceramah di Balai Ibadat Kampong Sengkarai bersempena sambutan Tahun Baru Hijrah 1421 pada 3hb Muharram yang baru lalu.

Ceramah disampaikan oleh Haji Anwari Haji Rawee dan antara lain beliau menyentuh bagaimana susahnya pengorbanan Rasulullah saw dalam menegakkan syiar Islam sehingga baginda sanggup meninggalkan kota Mekah ke Medinah.

Katanya, hijrah Rasulullah saw adalah titik permulaan kebangkitan syiar Islam hingga berkembang di merata dunia.

Majlis juga diselajurkan dengan majlis doa kesyukuran menyambut kepulangan jemaah haji bagi penduduk Kampung Sengkarai.


Copyright 1999 Brunei Press Sdn Bhd. All rights reserved.