Make your own free website on Tripod.com

"Majlis Ceramah Maulud Nabi SAW"

 
Ahad- Kira-kira 70 orang jemaah Kampong Sengkarai, Serembangun hadir ke majlis ceramah di Balai Ibadat Kampong Sengkarai, Tutong pada 14hb RabiulAwal bersamaan 16hb Jun 2000.
 
Majlis  tersebut adalah bersempena maulud Nabi 1421. Ceramah telah di sampaikan oleh Ustaz Haji Razali Bin Haji Mahal. Beliau telah menyentuh bagaimana kehidupan Rasulullah SAW sejak beliau belum di lahirkan sehingga baginda menjadi Rasul. Baginda telah menempuh berbagai-bagai ujian dari Allah SWT. Sejak dari kecil lagi nabi Muhammad telah menampakan ciri-ciri keperibadian baginda sebagai seorang Rasul yang di utus oleh Allah SWT.
 
Beliau menambah lagi dalam diri  Rasulullah, terdapat satu contoh yang baik untuk di ikuti oleh setiap umat islam, antaranya sebagai suami yang penyayang. Baginda merupakan seorang yang sangat menitik beratkan keharmonian rumah tangga.
 
Antara yang hadir di majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Pekan Tutong, Ketua Kampong Sengkarai dan jawatankuasa takmir. Majlis tersebut adalah merupakan sebahagian daripada kegiatan takmir bagi Balai Ibadat Kampong Sengkarai Tutong.