Make your own free website on Tripod.com

MAJLIS PENUTUP DIKIR 1421

12HB RABIULAWAL 1421 / 14HB JUN 2000

 

Majlis penutup dikir telah di adakan di Balai Ibadat Kampong Sengkarai Tutong pada 12hb RabiulAwal 1421 bersamaan dengan 14hb Jun 2000. Penutup dikir telah di adakan bersempena dengan menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad SAW, yang mana dikir telah diadakan selama 12 malam berturut-turut mulai 1hb RabiulAwal 1421.

Majlis di mulakan dengan bacaan Fatihah, di ketuai oleh pegawai masjid Balai Ibadat Kampong Sengkarai Tutong. Seterusnya dikir Assalai di perdengarkan, kemudian dikir Khairuman,Bisahri,Alhamd dan Badats. Manalaka marhaban di perdengarkan selepas solat Ishya. Doa dikir di baca oleh yang mulia Awang Haji Sufri Bin Haji Yudan manakala doa selamat telah di baca oleh Imam Haji Mohammad Aidil Sufian.

Klik gambar untuk melihat dengan jelas.