Make your own free website on Tripod.com

KEGIATAN TAKMIR MASJID





KEGIATAN TAKMIR BAGI MASJID-MASJID DAN BALAI IBADAT
DAERAH TUTONG KAWASAN ZON II.

PERADUAN BERKHUTBAH MASJID-MASJID DAN BALAI IBADAT DAERAH TUTONG KAWASAN ZON II.


Pada 28hb Safar 1420h bersamaan dengan 13hb Jun 1999, satu peraduan iaitu peraduan berkhutbah bagi masjid-masjid dan Balai Ibadat Daerah Tutong kawasan zon II telah di adakan di masjid Kampung Bukit Panggal Tutong. Tetanu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Pehin Datu Maharajalela Lt. Col(bersara) Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Musa Bin Hj Yaakub. Majlis telah di pengerusikan oleh Yang Mulia Imam Haji Ghapor Bin Hj Mohammad, Imam Masjid Kampung Bukit Panggal Tutong.

Acara majlis di mulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai. Setelah itu majlis di teruskan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi Majlis.

Seramai 7 buah masjid dan sebuah Balai Ibadat telah menghantar peserta mereka, yang mana peraduan tersebut telah di menangi oleh peserta dari Masjid Kampung Danau, yang mulia Awang Sahril Fauzi Bin Rosly. Tempat kedua di menangi oleh Yang mulia Awang Yushari Bin Bin Haji Mohd Yusof, dari Masjid Kampung Bukit Udal, manakala tempat ketiga di menangi oleh Yang Mulia Awang Mohd Khairil Za’im Bin Haji Ghapor dari Masjid Kampung Bukit Panggal.

Tetamu kehornat seterusnya berkesudian untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada peserta yang telah memenangi peraduan dan kepada peserta yang kurang bernasib baik.

Bacaan doa telah di sampaikan oleh Yang Mulia Imam Rosmadini bin Haji Mohd Yusof, Imam Kampung Bukit Beruang Tutong.