Make your own free website on Tripod.com

PERTANDINGAN KUIS ANTARA MASJID & BALAI IBADAT

Khamis- Masjid Kampong Telisai Tutong, satu pertandingan kuis telah di adakan pada 16hb Muharram 1421 / 21hb April 2000. Kuis di adakan bagi masjid-masjid & balai ibadat Daerah Tutong kawasan zon ii. sebanyak 5 buah masjid telah menyertai peraduan tersebut. Antara majid-masjid tersebut ialah Masjid Kampong Danau, Masjid Kampong Telisai, Masjid Kampong Bukit Beruang, Masjid Kampong Bukit Udal dan Balai Ibadat Kampong Sengkarai Tutong. Pemenang di pertandingan tersebut akan mewakili masjid-masjid & balai ibadat bagi Daerah Tutong di peringkat suku & separuh akhir nanti.

Balai Ibadat Kampong Sengkarai Tutong telah di wakili dari pelajar kelas al-quran Balai Ibadat Kampong Sengkarai Tutong. Mereka ialah Dayang Siti Kalilah Bte Tarip, Dayang Mastika Bte Ismail dan Dayang Nuranumillah bte Ismail. Balai Ibadat Kampong hanya mampu menduduki tempat yang ke empat manakala masjid Kampong Danau telah menjuarai pertandingan tersebut sekali gus mewakili masjid-masjid & balai ibadat kawasan zon ii di peringkat suku akhir.