Make your own free website on Tripod.com

"Maljis Korban 1420H"

 
Ahad- Kira-kira 150 orang jemaah Kampong Sengkarai, Serembangun hadir ke majlis ibadah korban di Balai Ibadat Kampong Sengkarai, Tutong pada 11hb Zulhijjah 1420 bersamaan 18hb Mac 2000.
 
Majlis korban tersebut adalah merupakan sebagai salah satu kegiatan takmir yang di adakan setiap tahun Sebanyak 2 ekor kerbau dan 15 ekor kambing telah di korbankan pada hari tersebut.
 
Hadir sebagai tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Pehin Orang Kaya Pekerma Indera Dato Paduka Awang Haji Sedik Bin Yahya. Beliau juga telah berkesudian menyampaikan agihan binatang korban kepada yang hadir. Majlis tersebut turut di hadiri oleh Ketua Kampong Sengkarai Tutong.
 
Majlis di sudahi dengan bacaan doa selamat yang telah di sampaikan oleh yang mulia Ustaz Ermadini Bin Jailani. - HjMas Yassin.

             

Berita dari media permata