LAMAN WEB MASJID-MASJID & BALAI IBADAT ZON II 

Masjid Zon II DaerahTutong

____________________

Muka Utama

Kata Aluan

Masjid Kg Danau

Masjid Kg Telisai

Masjid Kg Bukit Beruang

Masjid Kg Bukit Udal

Masjid Kg Lubok Pulau

Masjid Kg Penanjong

Masjid Kg Penabai

Balai Ibadat Kg Sengkarai

E-mail

Pengunjung




SEJARAH MASJID KAMPUNG DANAU TUTONG

PENDAHULUAN

Penubuhan masjid yang terawal bagi Masjid Kampong Danau tidak dapat di ketahui tarikhnya dengan jelas kerana tidak ada keterangan-keterangan untuk di jadikan rujukan mengenainya. Penubuhan bagi Masjid Kampung Danau di dirikan sebanyak empat kali termasuklah apa yang ada masa ini yang mana kedudukannya di tebing Sungai Penyatang.
Di antara mereka-mereka yang pernah bertugas di Masjid ini samaada sebagai Imam ataupun Bilal ada lah seperti berikut:-

1. Tuanku Haji Mohd Salleh
Beliau berasal dari Sumatera, Indonesia.(Pengasas Penubuhan Masjid).
2. Awang Haji Ali
Berasal dari Indonesia.
3. Awang Mohd Daud Bin Bakir.
Anak jati Kampung Danau Penyatang. Beliau juga merangkap sebagai Penghulu daripada Kampung Danau hingga ke Kampung Lumut, Seria. Mula bertugas dari bulan Ogos, 1915 hinggalah bulan Oktober 1943.
4. Awang Haji Omar Bin Sheikh Abd Rahman.
5. Awang Haji Mohd Tahir Bin Bakir.
6. Awang Haji Abd Wahab Bin Imam Daud-hingga 1989.
7. Awang Haji Senudin Bin Haji Mohd Tahir-hingga 1992.
8. Awang Haji Judin Bin Yussof-1992 hingga 1993.
9. Awang Haji Haslan Bin Haji Shahbudin-1993 hingga sekarang.

SEJARAH MASJID MASA INI

Ahli Jawatankuasa penubuhan Masjid baru bagi Kampung Danau tertubuh pada tahun 1971, yang telahpun di pengerusikan oleh OKPI Haji Jilli Bin Ibrahim, Setiausaha - Haji Abd Wahab Bin Imam Daud, sementara Bendahari - Haji Koya Bin Haji Biran.
Tapak masjid yang baru ini adalah berdekatan dengan bangunan Masjid lama iaitu Tapak Tanah Kerajaan seluas 1.33 hakter
Masjid ini menelan belanja sebanyak B$12,000.00(B$6,000.00 daripada kutipan orang ramai dan B$6,000.00 daripada pihak kerajaan) dan pada masa ini Masjid ini telahpun di tambah di bahagian belakang yang menyambung ke rumah wakaf yang menelan belanja sebanyak B$14,000.00 (kutipan orang ramai). Masjid ini boleh menampung seramai lebih 400 orang jemaah. Masjid ini telahpun di lengkapi dengan alat hawa dingin yang di wakafkan oleh hamba Allah sebanyak 6 unit dan sekarang ianya telahpun bertambah lagi menjadikan 10 unit.

KEGIATAN TAKMIR (gambar kegiatan takmir-klik disini)

Pada masa ini Masjid ini rancak mengadakan aktibiti-aktibiti takmir secara berterusan dan mendapat galakan dari penduduk kampung. Di antara aktibiti-aktibiti takmir yang di jalankan ialah seperti:-

1. Kelas Al-Quran dan Muqaddam(setiap Sabtu).
2. Kelas Dewasa Perempuan.
3. Kelas Al-Quran(lelaki dewasa dan perempuan dewasa serta asas)
4. Kelas Bimbingan Belia.
5. Kelas Iqra.
6. Membaca Surah Yasin dan Bertahlil.
7. Kursus pengurusan jenazah.
8. Kursus kefahaman keluarga.
9. Kursus membaca Doa.
10.Tedarus Al-Quran.
11.Ibadah Korban.
12.Kelas Tambahan P.C.E.
13.Bengkel Azan.
14.Bengkel Rawi.
15.Kursus Sembahyang Berjemaah.
16.Kuliah/Ceramah/Forum sempena hari-hari Kebesaran Islam.
17.Kegiatan Kanak-kanak semasa cuti penggal persekolahan.
18.Kelas menghalusi Bacaan Sembahyang.

Dan banyak lagi aktibiti-aktibiti yang di fikirkan sesuai bagi jemaah yang telah dan sedang dilaksanakan. Dimana pada tahun 1419h/1998m masjid ini telah di anugerahkan sebagai Pemenang Takmir Masjid bagi kategori Masjid Qaryah(kampung).

PENUTUP

Akhirnya sekian saja yang dapat di ungkapkan dalam ringkasan sejarah bagi Masjid Kampung Danau, Tutong yang akan menjadi bacaan umum dan renungan kita bersama, semoga usaha-usaha kita akan berterusan dalam sama-sama mengimarahkan Masjid serta dapat menjadikan Masjid itu tempat menimba ilmu disamping untuk kita melakukan peribadatan(sembahyang) dan semoga usaha serta amal kita si terima oleh Allah S.W.T. Amiin.




Sejarah hasil catatan:
Imam Haji Haslan Bin Haji Shahbudin
Masjid Kampung Danau,
Tutong.
Julai 1999.




Imam Haji Haslan Bin Haji Shahbudin
Imam Masjid Kampung Danau Tutong

 

|| Muka Utama || Kata Aluan || Masjid Kg Danau || Masjid Kg Telisai ||  Kg Bukit Beruang || Masjid Kg Bukit Udal ||
|| Masjid Kg Lubok Pulau || Masjid Kg Penabai || Masjid Kg Penanjong || Balai Ibadat Kampong Sengkarai ||
|| E-mail  || 

Copyright © 2000 HjMas