LAMAN WEB MASJID-MASJID & BALAI IBADAT ZON II 

Masjid Zon II DaerahTutong

____________________

Muka Utama

Kata Aluan

Masjid Kg Danau

Masjid Kg Telisai

Masjid Kg Bukit Beruang

Masjid Kg Bukit Udal

Masjid Kg Lubok Pulau

Masjid Kg Penanjong

Masjid Kg Penabai

Balai Ibadat Kg Sengkarai

E-mail

Pengunjung

MASJID KAMPUNG BUKIT UDAL TUTONG



SEJARAH MASJID KAMPUNG BUKIT UDAL TUTONG

CATITAN PEMBINAAN MASJID KAMPUNG BUKIT UDAL TUTONG

07.03.1991 - Masyuarat membentuk Ahli Jawatankuasa Mualaf Kampung Bukit Udal Tutong.

23.05.1991 - Permohonan LTS untok kawasan tapak Masjid seluas 1.85 ekar diluluskan oleh Pegwai Kanan Tanah Tutong.

22.02.1992 - Masyuarat membentuk A.J.K pembinaan Masjid Kampung Bukit Udal Tutong.

29.05.1992 - Memohon pembinaan Masjid Kampung Bukit Udal Tutong. Pelan khas Masjid Kampung Bukit Udal Tutong, di sediakan oleh pihak Pegawai Hal Ehwal Masjid, Daerah Tutong.

23.01.1993 - Mendapat kebenaran dari Majlis Ugama Islam Kementerian Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei, untuk memohon sumbangan dan membuat kutipan dari kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan, Masjid-masjid, Maktab-maktab dan sekolah-sekolah, orang-orang kenamaan, Pegawai-pegawai kerajaan dan orang ramai.

31.08.1993 - Kutipan pertama berjumlah B$200,000.00 iaitu termasuk B$40,000.00 anugerah dari Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar. Ahli Jawatankuasa pembinaan Masjid Kampung Bukit Udal Tutong memohon bantuan dan menyerahkan urusan kewangan selebihnya kepada pihak yang berkenaan.Kos pembinaan Masjid di anggarkan berjumlah B$588,000.00.

30.01.1995 - Kutipan kedua berjumlah B10,000.00.

01.04.1995 - Menanam batu asas menandakan pembinaan Masjid Kampung Bukit Udal Tutong bermula dengan di hadiri oleh Ustaz Haji Abdul Rajid Bin Haji Abdul Kadir selaku Pengarah Pengarah Hal Ehwal Masjid bersama-sama pegawai dari kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei dan Ahli-ahli Jawatankuasa pembinaan Masjid Kampung Bukit Udal Tutong.Kos pembinaan berjumlah B$240.000.00.

Julai 1995 - Memohon dan mendapat bantuan dari pihak Yayasan, kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di pertuan Negara Brunei Darussalam berjumlah B$40,000.00.

01.11.1995 - Penyerahan kunci Masjid oleh Haji Mahmud bin Haji Osman(kontraktor) kepada Yang Mulia Ustaz Haji Abdul Rajid Bin Haji Abdul KAdir selaku Pengarah HAl Ehwal Masjid dan seterusnya menyerahkannya kepada Awang Zulhelmi bin Haji Jefri selaku pemangku Imam MAsjid ketika itu.

09.03.1996 - Yang Mulia Ustaz Haji Kamaluddin bin Haj Abdul Gapor di tugaskan sebagai Imam Masjid.

01.05.1996 - Awang Hazman Bin Haj Hussin di lantik menjadi sebagai bilal masjid.

BANGUNAN MASJID

Untuk mengemaskinikan dan menambah elok keadaan masjid yang ada sebagai sebuah bangunan yang bertaraf masjid yang sempurna dengan hasrat ianya menjadi satu cara perlaksanan dakwah yang di harap dapat menarik minat penduduk-penduduk kampung yang jumlah besarnya belum berugama islam, maka Ahli Jawatankuasa takmir masjid Kampung Bukit Udal tutong, bersetuju dan bercadang untuk memohon bantuan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi membina:-

1. Menara dan puncak masjid, yang mana tidak terdapat pada pelan bangunan yang asal.
2. Dewan serbaguna untuk keperluan kegiatan-kegiatan yang berkaitan.
3. Khutub Khanah dan Setor.
4. Bilik tempat berwudhu dan tandas perempuan.
5. Tempat letak kereta yang sempurna dan bersimen.
6. Tangki air sebagai tempat simpanan air untuk keperluan berwudhu ketika ketiadaan air.

AHLI JAWATANKUASA TAKMIR MASJID 1998/1999
PENASIHAT
Haji Johari Bin Kamis
Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong.

PENGERUSI & BENDAHARI
Ustaz Haji Kamaluddin Bin Hajo Abd Gapor
Imam Masjid Kampung Bukit Udal Tutong.

TIMBALAN PENGERUSI
Haji Insanul Bakti Bin Haji Abd Aziz.

SETIAUSAHA
Haji Saiful Ashura Bin Haji Abd Aziz.

TIMBALAN BENDAHARI
Haji Mohd Khairul Alika Bin Haji Abd Aziz.

PEMERIKSA KIRA-KIRA I
Hazman Bin Haji Hussin

PEMERIKSA KIRA-KIRA II
Cikgu Zain Bin Haji Abd Rahman.

AHLI-AHLI JAWATANKUASA BIASA
1. Haji Muhammad Shah Al-Islam Bin Suhaili
2. Haji Yaakub Bin Haji Sidek.
3. Haji Muhammad Bin Abdullah.
4. Haji Imar Bin Nayan.
5. Haji Abd Aziz Bin Abdullah.
6. Haji Hussin Bin Idris.
7. Haji Abu Bakar Bin Jaya.
8. Khairul Anuar Bin Haji Yaakub.
9. Muhammad Shukri Bin Abdullah.
10.Mohd Khairul Anuar Bin Abdullah.
11.Sulaiman Bin Taai.
12.Hazlan Bin Hj Hussin.
13.Salleh Bin Haji Yusof.
14.Adi Zurairi Bin Mahari
15.Mohd Haizam Bin Shukri.

KEGIATAN TAKMIR MASJID(gambar kegiatan takmir klik disini)

AKTIBITI HARIAN/MINGGUAN
1. Kuliah Magrib.
2. Kelas Dewasa Ugama/Al-Quran.
3. Kelas bimbingan Muallaf.
4. Kelas Dikir Syarafil Anam.
5. Kelas Al-Quran/Muqaddam.
6. Membaca Yasin/Tahlil Arwah.
AKTIBITI BERMUSIM/BERKALA
1. kursus/bengkel fardhu ain bagi saudara-saudara baru.
2. Kursus/bengkel fardhu kifayah lelaki/perempuan.
3. Menghalusi Surah Yasin.
4. Bengkel doa selepas sembahyang.
5. Majlis korban.
6. Majlis sembahyang hajat bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan.

Lain-lain Hal:-
Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid telah menubuhkan kumpulan Dikir Masjid Kampung Bukit Udal Tutong.


Imam Haji Kamaluddin BinHaji Ghapor
Imam Masjid Kampung Bukit Udal Tutong



Hazman Bin Haji Hussin
Bilal Masjid Kampung Bukit Udal Tutong

|| Muka Utama || Kata Aluan || Masjid Kg Danau || Masjid Kg Telisai ||  Kg Bukit Beruang || Masjid Kg Bukit Udal ||
|| Masjid Kg Lubok Pulau || Masjid Kg Penabai || Masjid Kg Penanjong || Balai Ibadat Kampong Sengkarai ||
 || E-mail  || 

Copyright © 2000 HjMas