LAMAN WEB MASJID-MASJID & BALAI IBADAT ZON II 

Masjid Zon II DaerahTutong

____________________

Muka Utama

Kata Aluan

Masjid Kg Danau

Masjid Kg Telisai

Masjid Kg Bukit Beruang

Masjid Kg Bukit Udal

Masjid Kg Lubok Pulau

Masjid Kg Penanjong

Masjid Kg Penabai

Balai Ibadat Kg Sengkarai

E-mail

Pengunjung

MASJID KAMPUNG TELISAI TUTONG


SEJARAH MASJID KAMPUNG TELISAI TUTONG

PENDAHULUAN

Masjid yang pertama telah di bangunkan pada tahun 1959, yang mana di masa itu penduduk-penduduk di kampung ini memerlukan bangunan masjid yang tetap untuk menjalankan kegiatan ibadah sembahyang lima waktu dan mendirikan sembahyang Jumat. Alhamdullilah, hasrat orang-orang kampung telah terlaksana dengan adanya perundingan yang di buat pada 1hb Januari 1959 hasil masyuarat penduduk kampung Telisai. Masyuarat tersebut di pengerusikan oleh Penghulu Mukim Telisai ketika itu, Awang Ismail bin Damit.

PERBELANJAAN PEMBANGUNAN

Hasil daripada masyuarat tersebut Jawatankuasa penyelengaraan membangunkan masjid ini berjaya mendapatkan derma dari orang Kampung Telisai dan derma-derma dari penduduk-penduduk di seluruh negara, Kutipan di terima sebanyak B$2,330.00(ketika itu). Dengan semangat penduduk-penduduk kampung Telisai, masjid ini telah siap dan di gunakan sepenuhnya pada 26hb Ogos 1960.

PEMBUKAAN RESMI

Masjid ini telah di resmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sir Muda Omar Ali Saifuddin Sa'dulkhairi Waddin Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam, pada hari Jumat 26hb Ogos 1960. Imam pada sembahyang Jumat ketika itu ialah Yang Mulia Haji Ishak Bin Adam, Kadi Daerah Tutong, dan bilal ialah Abang Abdul Ghani Bin Abang Ahmad.
Pegawai Masjid yang pertama berkhidmat di masjid ini ialah Imam Abang Abdul Ghani Bin Abang Ahmad, berkhidmat selama 4 tahun yang bermula pada tahun 1960 hingga 1964.Kemudian digantikan oleh Imam Haji Sabtu Bin Abu Bakar secara sukarela selama dua tahun sehingga tahun 1966.Imam Haji Sabtu telah di lantik secara kejawatan tetap bermula pada tahun 1967 sehinggalah terbangunnya majid yang kedua.
Oleh kerana bangunan masjid yang pertama ini di gunakan selama 20 tahun, dan ianya tidak dapat menampung keramaian yang bertambah, maka kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan YAng Di PErtuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama telah membina bangunan Masjid yang baru mengantikan bangunan masjid yang pertama.

SEJARAH MASJID KEDUA

Oleh kerana keramaian penduduk di kampung ini bertambah, pada tahun 1980, masjid yang kedua(baru) telah didirikan, dan siap pada tahun 1981. Masjid ini telah mula di gunakan pada 21hb. Julai 1981 dan telah di resmikan oleh Menteri Besar Besar ketika itu, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Awang Haji Abd Aziz Bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Awang HAji Omar pada 30hb Oktober 1981.
Pegawai Masjid yang kedua yang berkhidmat ialah Yang Mulia Imam Haji Sabtu Bin Abu Bakar manakala bila ialah Yang Mulia Haji Mohd Yusof Bin Damit. Imam Haji Sabtu Bin Abu Bakar telah bertukar ke Masjid Kampung Bukit Beruang pada tahun 1984, maka bilal Haji Mohd Yusof bin Damit telah di nakikan ke jawatan Imam Tingkat III secara tetap, sehinggalah beliau bersara pada tahun 1997 dan pada tahun yang sama Imam Haji Junadi Bin HAji Sabtu telah bertugas di masjid ini hingga sekarang.
Oleh kerana bangunan ini kecil dan tidak dapat menampung keramaian jemaah yang semakin bertambah, maka dengan keikhlasan seorang hamba Allah telah mewakafkan penambahannya di bahagian tepi dan belakang bangunan masjid, yang mana boleh menampung lebih kurang 360 orang jemaah. Penambahan ini telah di bina pada tahun 1991 dan telah siap pada tahun 1992.

KEMUDAHAN MASJID

Masjid ini mempunyai kemudahan ruang yang luas untuk para jemaah ketika Sembahyang Jumat dan Lima Waktu serta menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Kemudahan-kemudahan lain seperti:-
1. Mempunyai alat penghawa dingin.
2. Tempat berwudhu lelaki/perempuan
3. Tandas lelaki dan perempuan.
4. Mushaf Brunei Darussalam.
5. Dapur.
6. Papan Kenyataan.
7. Khutub Khanah.
8. Setor.
9. Alat Pembesar suara.

JAWATANKUASA TAKMIR MASJID KAMPUNG TELISAI, TUTONG

PENASIHAT
Haji Mohammad Bin Damit
Ketua Kampung Telisai Tutong.

PENGERUSI
Haji Junadi Bin Haji Sabtu
Imam MAsjid Kampung Telisai Tutong.

TIMBALAN PENGERUSI
Haji Othman Bin Durani>br>
SETIAUSAHA
Zainal Abidin Bin Mahari

TIMBALAN SETIAUSAHA
Bakri Bin Malim

BENDAHARI
I-Haji Junadi Bin Haji Sabtu
II-Metussin Bin Bujang
III-Haji Suhaili Bin Mos


AHLI-AHLI JAWATANKUASA KECIL
1. Haji Abdullah Bin Ghafar
2. Jumat Bin Idris
3. Haji Mat Niah Bin Aman
4. Abang Haji Julaihi Bin Abang Ahmad
5. Haji Mohd Noor Bin Tahir
6. Haji Naidi Bin Sulaiman
7. Haji Suhaili Bin Pulong
8. Haji Jamaeh Bin Durani
9. Haji Zainuddin Bin Kumit
10.Haji Daud Bin Tarsad.

KEGIATAN TAKMIR MASJID(gambar kegiatan takmir-klik disini)

Boleh di katakan Masjid Kampung Telisai ini tidak ketinggalan mengadakan aktibiti-aktibiti yang bercorak keugamaan, yang mana di sepanjang tahun acara-acara yang di jalankan adalah seperti berikut:-

1. Kelas Fardhu Ain / Kifayah
2. Kelas al-Quran dewasa / kanak-kanak
3. Kelas dikir syarafil anam
4. Membaca tahlil / Yasin
5. Motibasi remaja / belia
6. Qiamullail
7. Ceramah / syarahan ugama
8. Peraduan al-Quran kanak-kanak lelaki / perempuan
9. Peraduan dikir syarafil anam antara jemaah-jemaah Masjid / Balai Ibadat kawasan TutongII
10.Majlis qurban
11.Majlis membaca Doa Aruah Sekampung
12.Majlis membaca Doa Kesyukuran
13.Mengadakan Majlis Akad Nikah Di Masjid





Imam Haji Junadi Bin Haji Sabtu
Imam Masjid Kampung Telisai Tutong

|| Muka Utama || Kata Aluan || Masjid Kg Danau || Masjid Kg Telisai ||  Kg Bukit Beruang || Masjid Kg Bukit Udal ||
|| Masjid Kg Lubok Pulau || Masjid Kg Penabai || Masjid Kg Penanjong || Balai Ibadat Kampong Sengkarai ||
|| E-mail  || 

 

Copyright © 2000 HjMas