Make your own free website on Tripod.com

LAMAN WEB MASJID-MASJID & BALAI IBADAT ZON II 

Masjid Zon II DaerahTutong

____________________

Muka Utama

Kata Aluan

Masjid Kg Danau

Masjid Kg Telisai

Masjid Kg Bukit Beruang

Masjid Kg Bukit Udal

Masjid Kg Lubok Pulau

Masjid Kg Penanjong

Masjid Kg Penabai

Balai Ibadat Kg Sengkarai

E-mail

Pengunjung




KATA-KATA ALUAN





Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Terlebih dahulu kita panjatkan kesyukuran dan pujian kepada Allah, Tuhan seru sekian alam, selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, kaum kerabat baginda, para sahabat serta seluroh pengikut baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Terdapat 7 buah masjid dan sebuah Balai Ibadat yang terkandung dalam kawasan zon II, Daerah Tutong. Masjid tersebut ialah:-

1. Masjid Kampung Danau
2. Masjid Kampung Penanjong
3. Masjid Kampung Penabai
4. Masjid Kampung Bukit Beruang
5. Masjid Kampung Telisai
6. Masjid Kampung Lubok Pulau
7. Masjid Kampung Bukit Udal dan
8. Balai Ibadat Kampung Sengkarai Tutong

Dalam Mengungkayahkan takmir masjid kelapan buah Masjid dan Balai Ibadat ini, yang mana telah mengatur program dan perancangan yang sesuai bagi maslahat jemaah masing-masing, dan kesemua rancangan yang telah pun di laksanakan itu menjadi sebagai satu sejarah kepada Masjid dan Balai Ibadat masing-masing.

Dalam melangkah ke alaf baru yang tentu saja lebih mencabar, maka saya selaku Pegawai(ketua) Zon II ini, atas sokongan dan kerjasama dari pegawai-pegawai masjid kawaan zon II ini telah berusaha untuk menyimpan segala data-data, kegiatan-kegiatan takmir dan sebagainya yang telah diungkayahkan itu supaya lebih tersusun dengan baik dan rapi serta sempurna maka kami berusaha untuk menyimpan ke dalam Halaman Web.
Diantara perkara-perkara yang terkandung di dalam halaman web ini, ialah:-
* Sejarah Perkembangan Masjid-masjid dan Balai Ibadat Kawasan Zon II Daerah Tutong.
* Penerangan dan kegiatan takmir masjid dan balai ibadat
* Imam dan Bilal
* Jawatankuaa Takmir Masjid

Dengan adanya halaman web ini makan tentunya akan dapat membantu orang ramai, khasnya umat Islam mengetahui akan perkembangan yang berlaku di kawasan Zon II, Daerah Tutong.
Mudahan-mudahan dengan adanya halaman web ini, akan mentakmirkan lagi masjid-masjid dan Balai Ibadat Daerah Tutong kawasan Zon II ini
Akhir kata, saya selaku pegawai Zon mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pegawai-pegawai masjid zon II, ahli-ahli jawatankuasa takmir dan kepada semua sekali yang terlibat didalam penyelenggaraan pembinaan laman web ini, moga-moga segala amal bakti kita akan memperolehi pahala yang setinggi-tingginya daripada Allah S.W.T




Sekian Wasalam
Haji Haslan Bin Haji Shahbudin
Pegawai Zon
Masjid-masjid Dan Balai Ibadat Kawasan Zon II
Daerah Tutong
Negara Brunei Darussasalam.


MASJID-MASJID DAN BALAI IBADAT DAERAH TUTONG KAWASAN ZON II

Masjid-masjid / Surau dan Balai Ibadat Daerah Tutong terbahagi kepada 3 buah zon, Kawasan Zon I, Kawasan Zon II dan Kawasan Zon III

Masjid-masjid dan Balai Ibadat kawasan zon II Daerah Tutong, terdiri daripada 7 buah Masjid dan sebuah Balai Ibadat. Masjid-masjid dan Balai Ibadat tersebut ia lah :-

  • Masjid Kampung Danau.

  • Masjid Kampung Penanjong

  • Masjid Kampung Telisai.

  • Masjid Kampung Lubok Pulau.

  • Masjid Kampung Bukit Beruang.

  • Masjid Kampung Bukit Udal.

  • Masjid Kampung Penabai.

  • Balai Ibadat Kampung Sengkarai.


Masjid-masjid dan Balai Ibadat kawasan zon II Daerah Tutong ini mempunyai seramai 15 orang pegawai, yang terdiri daripada 8 orang Imam dan  7 orang Bilal , yang di ketuai oleh se orang ketua zon.
Pegawai-pegawai masjid tersebut ialah:

1

Haji Haslan Bin Haji Shahbudin 

Ketua zon / Imam Masjid Kampong Danau Tutong.

2

Hj Mohd Aidil Sufian Bin Mohd Yassin

Imam Balai Ibadat Kampong Sengkarai Tutong

3

Hj Junaidi Bin Hj Sabtu

Imam Masjid Kampong Telisai Tutong

4

Haji Hamaffi Bin Mohd Yassin

Imam Masjid Kampong Penanjong Tutong

5

Haji Kamaludin Bin Hj Gapor

Imam masjid Kampong Bukit Udal Tutong

6

Omarali Bin HAji Ahmad

Imam Masjid Kampong Lubok Pulau Tutong

7

Awang Rosmadini Bin Hj Md Yusof

Imam Masjid Kampong Bukit Beruang Tutong

8

Hj Salehin Bn Hj Kassim

Bilal Balai Ibadat Kampong Sengkarai Tutong

9

Hj Hassan Bin Tunggal

Bilal Masjid Kampong Penanjong Tutong

10

Hazman Bin Haji Hussin

Bilal Masjid Kampong Bukit Udal Tutong

11

Awang Md Rosli Bin Hj Md Yusof

Bilal (pemangku Imam) Masjid Kampong Penabai Tutong

12

Hj Bahrin Halimi Bin Hj Md Zain

Bilal Masjid Kampong Lubok Pulau Tutong

13 Pg Haji Hasan Bilal Masjid Kampong Danau Tutong
14 Moksin Bin Mokhtar Bilal Masjid Kg Bukit Beruang Tutong
15 Mohammad Shahrawandy Bilal Masjid Kg Penabai Tutong

GAMBAR PEGAWAI-PEGAWAI MASJID

KEGIATAN TAKMIR MASJID-MASJID DAN BALAI IBADAT
DAERAH TUTONG KAWASAN ZON I
I

Kegiatan-kegiatan takmir Masjid yang sering di adakan oleh Masjid-masjid dan Balai Ibadat Kawasan zon II ini antaranya,
Peraduan Berkhutbah, Peraduan Mari Bercerita, Peraduan Dikir, Bengkel solat berjemaah membentuk keluarga bahagia, forum-forum, ceramah-ceramah di samping kegiatan-kegiatan yang di laksana kan oleh Masjid-masjid dan Balai Ibadat tersebut.

Pada Tahun 1417 Hijrah,
Balai Ibadat Kampung Sengkarai Tutong telah memenangi anugerah Masjid Takmir bagi kategori Surau-surau dan Balai-balai Ibadat seluroh negara.

Pada Tahun 1419 Hijrah pula,
Masjid Kampung Danau Tutong pula telah memenagi anugerah Masjid Takmir bagi kategori Masjid-masjid Kampung seluroh negara.


No Telepon yang di hubungi:

Masjid Telefon Masjid Fax Masjid E-mail Telefon Imam Telefon Bilal
Kg Danau 04244523 - hdks99@brunet.bn 08774667 08
Kg Telisai - - - 08740253 -
Kg Bukit Beruang - - - 04247259 04247235
Kg Bukit Udal - - - 08769546 08743775
Kg Lubok Pulau - - oaliza98@brunet.bn 08742380 -
Kg Penanjong 04260050 - - 08714515 04221996
Kg Penabai - - - 04221396 -
Kg Sengkarai 04260873 6734260873 sengkarai@yahoo.com 08733010 08734829
|| Muka Utama || Kata Aluan || Masjid Kg Danau || Masjid Kg Telisai ||  Kg Bukit Beruang || Masjid Kg Bukit Udal ||
|| Masjid Kg Lubok Pulau || Masjid Kg Penabai || Masjid Kg Penanjong || Balai Ibadat Kampong Sengkarai ||
 || E-mail  || 

Copyright 2000 HjMas