Make your own free website on Tripod.com

LAMAN WEB MASJID-MASJID & BALAI IBADAT ZON II 

Masjid Zon II DaerahTutong

____________________

Muka Utama

Kata Aluan

Masjid Kg Danau

Masjid Kg Telisai

Masjid Kg Bukit Beruang

Masjid Kg Bukit Udal

Masjid Kg Lubok Pulau

Masjid Kg Penanjong

Masjid Kg Penabai

Balai Ibadat Kg Sengkarai

E-mail

Pengunjung

MASJID KAMPUNG BUKIT BERUANG TUTONG



SEJARAH AWAL


Masjid Kampung Bukit Beruang terletak di Daerah Tutong berdekatan dengan Sekolah Rendah Pengiran Kesuma Negara Kampung Bukit Beruang, Tutong. Perjalanan menuju ke Masjid ini adalah melalui jalan besar dari Daerah Tutong ke Seria serta melalui jalan kecil Kampung Bukit Beruang Tutong. Pembinaan bangunan masjid ini menelan belanja lebih kurang B$15,500.00.
Sebelum terbenanya masjid ini, Penduduk Kampung yang berugama Islam terpaksa bersembahyang Fardhu Jumaat di Masjid Kampung Danau atau Masjid Kampung Telisai yang mana jauhnya lebih kurang 5 kilometer dari Kampung Bukit Beruang. Maka berdasarkan perkara tersebut telah timbul pemikiran penduduk kampung untuk membina sebuah masjid di Kampung ini. Dengan demekian beberapa perjumpaan dan perundingan telah di adakan dengan kerjasama dan nasihat dari Yang Mulia Orang Kaya Pekerma Indera Awang Haji Jilli bin Ibrahim, Ketua Kampung Danau, pada masa tersebut Kampung Bukit Beruang belum mempunyai Ketua Kampung.
Pada 2hb Januari 1967 terbentuklah sebuah Jawatankuasa yang bertindak untuk membangunkan sebuah Masjid di Kampung ini.Usul awal peruntukan bagi membina masjid ini oleh Jawatankuasa diatas ialah sebanyak $3,000.00, tetapi rancangan berkenaan telah gagal oleh beberapa sebab yang tidak dapat di elakkan. Walau bagaimanapun Jawatankuasa berkenaan tidak putus asa dan telah berusaha untuk meminta kerjasama dan nasihat dari Jabatan Hal Ehwal Ugama melalui Kadi Daerah Tutong. Maka pada 22hb Disembar 1970 Jawatankuasa berkenaan telah menerima kebenaran untuk mengutip derma dari Jabatan Hal Ehwal Ugama selama 6 bulan dan hasil bagi kutipan tersebut, Jawatankuasa berkenaan telah dapat mengumpul sebanyak B$8,069.17 termasuk derma dari pemborong sebanyak B$2,000.00. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan & Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Hal Ehwal Ugama juga telah memberi bantuan sebanyak $7,763.00.

PERLETAKAN BATU ASAS

Majlis perletakan batu asas bagi Masjid ini telah di sempurnakan oleh Yang Mulia, Awang Othman bin Damit, Pemangku Pegawai Daerah Tutong pada 29hb November 1974, turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Ishak bin Adam, Kadi Daerah Tutong dan penduduk kampung, sementara doa selamat telah di bacakan oleh seorang guru ugama di kampung ini. Pemborong yang membina masjid ini ialah Syarikat Awang Haji Abd Wahab Bin Metali. Bangunan masjid ini telah siap pembinaannya pada 29hb Januari 1975 dan seterusnya di gunakan bagi sembahyang Waktu, Jumat dan perkara-perkara yang berkebajikan. Pemangku Imam pada masa tersebut ialah Cikgu Abdullah bin Mohammad, seorang guru ugama. Pada 1hb Februari 1976 kerajaan telah melantik Awang Johari Bin Abu Bakar sebagai Imam Masjid Kampung ini, sementara jawatan bilal di pangku oleh Awang Ahmad bin Aman, seorang penduduk kampung.

MAJLIS PEMBUKAAN RESMI

Majlis pembukaan resmi bagi Masjid Kampung Bukit Beruang, Tutong telah di sempurnakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Ratna Diraja Dato Seri Utama Awang Haji Mohd Zain bin Haji Serudin, Pengetua Hal Ehwal Ugama Brunei(sekarang Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei), pada hari Ahad 6hb Rabi'ulAwal 1396H bersamaan dengan 7hb Mac 1976M. Majlis tersebut telah di mulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Awang Alimas bin Daud, selepas itu ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis OKPI Awang Haji Jilli bin Ibrahim. Majlis di akhiri dengan bacaan doa selamat yang di sampaikan oleh Imam Masjid Hasanal Bolkiah Tutong.

AHLI-AHLI JAWATANKUASA TAKMIR MASJID

PENANUNG
Orang Kaya Pekerma Indera Awang Haji Hassan Bin Ibrahim
Penghulu Mukim Telisai.

PENASIHAT BERSAMA
Awang Ahmad bin Aman
Ketua Kampung Bukit Beruang

Awang Haji Johari Bin Kamis
Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong.

PENGERUSI & BENDAHARI
Imam Awang Mohd Rosmadini bin Haji Mohd Yusof.

TIMBALAN PENGERUSI & TIMBALAN BENDAHARI
Imam Haji Sabtu Bin Abu Bakar.

SETIAUSAHA
Awang Haji Sahari Bin Haji Abd Rahman

TIMBALAN SETIUSAHA
Awang Menudin Bin Haji Abidin

PEMERIKSA KIRA-KIRA I
Awang Haji Kassim Bin Haji Salleh
PEMERIKSA KIRA-KIRA II
Awang Otman Bin Haji Mokhtar

KETUA RAKAN SEBAYA
Awang Marhain Bin Idris

TIMBALAN KETUA RAKAN SEBAYA
Awang Marhawe Bin Idris

AHLI-AHli JAWATANKUASA BIASA
Awang Hj Mohd Yusof Bin Badar
Awang Moksin Bin Hj Mokhtar
Awang Akop Bin Matnoor
Awang Otman Bin Aman
Awang Mohd Rafee Bin Abdullah
Awang Mohd Rafee Bin Abdullah
Awang Mohd Said Bin Aman
Awang Zakaria Bin Haji Gemok
Awang Haji Junit Bin HAji Mahmud
Awang Haji Salleh Bin Yusof
Awang Haji Tassim Bin Aman
Dy Siti Arbi Binti Ahmad
Dy Raya binti Selamat.

AKTIBITI-AKTIBITI MASJID

Semenjak Masjid ini di gunakan oleh penduduk kampung, berbagai aktibiti telah dilaksanakan dengan jayanya yang telah di usahakan oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dengan sokongan dan dokongan Majlis Perundingan Kampung, Ahli Jawatankuasa Kejiranan dan Persatuan Kesuma serta penduduk Kampung. Masjid ini juga telah mengadakan kelas dewasa bagi jemaah perempuan dan majlis takmir bagi jemaah lelaki, di samping itu masjid ini juga telah menubuhkan kumpulan dikir yang sering di undang oleh penduduk kampung dan pihak yang berkenaan.

PENUTUP

Pada Dasarnya pembinaan sebuah Masjid bagi sebuah kampung yang terpencil dari luar bandar dan arus kemodenan adalah sesuatu anugerah yang tidak ternilai yang di terima oleh penduduk kampung, walaubagaimanapun pembinaan sebuah masjid yang baru yang konkrik adalah diharapkan bagi keselesaan jemaah yang hadir memandangkan kepada kehadiran jemaah yang semakin meningkat dari hari ke sehari, terutama penduduk kampung dari Skim Rancangan Perpindahan Bukit Beruang Tutong.


Sejarah disediakan oleh 
Awang Haji Sahari Bin Haji Abd Rahman
Setiausaha
Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Bukit Beruang Tutong.




Imam Mohd Rosmadini Bin Hj Mohd Yusof
Imam Masjid Kampung Bukit Beruang Tutong

 

|| Muka Utama || Kata Aluan || Masjid Kg Danau || Masjid Kg Telisai ||  Kg Bukit Beruang || Masjid Kg Bukit Udal ||
|| Masjid Kg Lubok Pulau || Masjid Kg Penabai || Masjid Kg Penanjong || Balai Ibadat Kampong Sengkarai ||
|| E-mail  || 

Copyright 2000 HjMas